Di mana istimewanya? pada warna? pada bentuk? pada rupa? atau pada saiznya?..haa...semuanya istimewa kerana batu Lapis Lazuli ini merupakan batu asli gred terbaik dari negara Afghanistan. 100% warna semulajadi tanpa sebarang treatment atau pemanasan. Di canai sedemikian rupa bagi menonjolkan karakter padanya. Batu jenis ini telah digunakan sejak ribuan tahun lampau sebagai perhiasan diri dan diyakini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan manusia. 3 jenis mineral utama yang terkandung di dalamnya iaitu Lazurite, Calcite dan Pyrite dapat dilihat jelas daripada batu ini.
Batu potongan jantan, buat sang suami, cantik dan indah jika dibuat cincin dan sudah pasti ramai yang akan menjeling. Biru melambangkan ketenangan yang sempurna, mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan tarikan nafas. Sesiapa sahaja sesuai untuk memakainya, tambah-tambah lagi bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian, mudah penat dan yang seringkali tertekan dengan kerja yang banyak.
Batu "betina", khas buat si isteri, jadikan ianya loket dan sedia untuk di pakai. Sengaja tidak ditebuk pada hujungnya agar ia dapat diikat dengan pengikat terbaik anda. Lihatlah awan, pasti kan tenang..lihatlah laut..damai di hati..lihatlah batu ini, dan jangan lupa silalah beli. Sesuai untuk dijadikan hadiah atau dipakai sendiri.
Satu untuk "abang", satu untuk "ayang".
Lapis Lazuli Istimewa Gred A : Sepasang
*SOLD OUT