Thursday, 26 July 2012

Apa itu .CT?

Haa...sekali baca mungkin anda ingat kat CT Nurhaliza kan? Oh no..no..& no..bukan ye. Tapi .CT yg dimaksudkan di atas tu sebenarnya adalah ukuran bagi berat batu permata. Contoh kalau gula, ditimbang dalam unit KG (Kilogram), Air pula disukat dalam unit MM/L (Mililiter/Liter) manakala jika batu permata pula CT(Carat) inilah merupakan ukuran timbangannya. Sebagai contoh Batu Permata Delima (Red Ruby) berharga RM 200/CT (contoh je ye, ni bukan harga sebenar sebab harga sebenar bergantung pd jenis). Jika berat batu tersebut 3.0 CT, jadi cara pengiraan adalah : 3.0ct x RM 200(per CT) = RM600. Ada faham? Ni matematik mudah sekolah rendah..hehe...

FAQ:

SOALAN:
-Apa itu CT?

JAWAPAN:
-CT adalah (Carat), jika bahasa melayunya disebut Karat, iaitu unit timbangan bagi berat sesuatu permata. Kenapa CT..bukan AC ke AZ? "Kerana.. dirimu begitu berharga"

SOALAN:
-Adakah makin berat batu permata tersebut harga semakin mahal?

JAWAPAN :
-Tidak semestinya, ia bergantung kepada jenis sesuatu permata seperti kualiti, kejernihan, keadaan (samada diproses @ tak), kekerasan dan sebagainya. Jika permata tersebut jenis kategori mahal, harganya tetap tinggi walaupun berat cuma 0.4ct, contohnya seperti berlian asli, spinel, moldavite, sapphire dan lain-lain. Manakala jika permata tu jenis kategori murah, walau berat hingga 30.CT sekalipun harganya masih rendah, contohnya batu jalan. 
p/s : (sebagainya) di sini juga merujuk kepada si penjual batu permata.

Wallahu A`lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.