Assalamualaikum & Selamat Datang..

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Selamat datang ke blog Permata Murah Sokmo. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini tidak ada satupun yang sia-sia. Ambillah manfaat daripada setiap ciptaan-Nya. Tidak ada sesuatupun yang lebih hebat melainkan kekuasaan-Nya. Setiap yang berlaku dengan izin-Nya jua. Semua barangan yg dijual di dlm blog ini adalah didapati di alam nyata, pengasas tidak berkompromi sama sekali dengan alam bunian atau jin serta perkara yg boleh merosakkan akidah. Semoga dengan melihat setiap kejadian yang diciptakan Allah membuatkan diri kita lebih dekat kepada Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan pengasas dalam menyampaikan maklumat seandainya tidak seperti yang diharapkan. Salam Ukhuwah daripada pengasas blog Permata Murah Sokmo. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. -Wallahu A`lam

Thursday 28 February 2013

CINCIN BATU AKIK IRAN ASLI - Rare! : SOLS OUT

Nilainya terletak pada batu. Terdapat tompokan kristal di atasnya.

Batu telus cahaya, mempunyai urat dan isi batunya warna merah yang cantik. Jalur corak padanya seperti perisai perlindungan"Shield", rujuk gambar di bawah.
SHIELD "Perlindungan", digunakan semasa bertempur.
Cincin Batu Akik Iran asli.
Sukar mendapatkan batu dengan corak dan kristal sebegini sekarang ini.
Lihat dan nilai sendiri.

*SOLD OUT

BATU AKIK & DELIMA


Dari kiri : Akik Darah, Akik Merah, Delima Hijau & Delima Kuning.

Batu Bulan/Selunduk Putih@(Moonstone) dah habis stok, begitu juga Delima Merah. InshaAllah dalam usaha mendapatkan stok baru. Akik Hitam pula esok akan sampai, InshaAllah.

Wednesday 27 February 2013

Monday 25 February 2013

BESI KURSANI

Untuk perhatian sahabat yang bertanya
Kiri : Kursani Putih dan Kanan : Kursani.

BATU AKIK SERANGGA DALAM BATU - Rare! : SOLD OUT

Batu cantik, unik dan menawan, terdapat serangga di dalamnya. Namun tidak diketahui serangga apakah itu, mungkinkah serangga zaman dinosour yg terperangkap di dalamnya? Wallahu A`lam...Batu Akik menjadi pilihan ramai orang-orang melayu lama kerana salah satu sifat penyejuk semulajadi yang ada padanya. Lihat dan nilai sendiri keindahannya.

*SOLD OUT

Sunday 24 February 2013

DISKAUN BERGANDA

Bagaimana caranya? 
Jadilah sahabat permatamurahsokmo, klik pada ruangan 
"JOIN THIS SITE" seperti gambar di bawah.
Bahagian ini ada pada sebelah kiri paling bawah blog ini. Jika anda berminat pada barangan yang dipaparkan, maklumkan sekali bahawa anda merupakan sahabat berdaftar di dalam blog ini dan nikmatilah diskaun istimewa khas buat anda.

FAIRUZ PUTIH, BESI BADAR, BATU BESI BADAR, & MARJAN BIRU

Fairuz Putih & Besi Badar

Batu Besi Badar & Marjan Biru.
Masih available, 
SMS/Call 017-9509589 jika berminat.

*Besi Badar dan Batu Besi Badar adalah 2 jenis yang berlainan. Besi Badar kandungan keseluruhan adalah besi(Iron), manakala Batu Besi Badar adalah campuran besi(Hematite) dan unsur-unsur batu(Tiger eye & Jasper), dikenali sebagai Tiger Iron.

Saturday 23 February 2013

AKIK YAMAN TEMPAHAN SAHABAT


Tempahan sahabat dari Kuala Lumpur





Tempahan sahabat dari Sabah.

AKIK YAMAN ASLI (AY09) - POTONGAN ISTIMEWA : SOLD

Batu cantik berkualiti tinggi

Potongan songkok bujur memanjang

Saiz bandingkan dengan syiling

Potongan jenis ini sukar di dapati..
Urat batu yang cantik
 Pengasas hanya dapat 2 biji sahaja permata akik yaman asli potongan seperti ini(potongan songkok bujur memanjang). Sebiji telah dipindah milik kepada sahabat, sebiji lagi untuk dijual (gambar di atas). 
Di jual bawah harga pasaran.
SMS/Call jika berminat.
**Semalam pengasas berkesempatan bertemu sahabat pengasas itu dan beliau telahpun menjadikannya cincin. Potongan batu seperti ini agak sukar didapati dan apabila telah diikat cincin, lihatlah sendiri betapa indahnya ia.(lihat gambar di bawah)
Kualiti gambar kurang memuaskan kerana di ambil pada waktu malam.
MANTAP! Cincin buatan tangan, milik sahabat.

LAPIS LAZULI ISTIMEWA - SEPASANG : SOLD OUT

Di mana istimewanya? pada warna? pada bentuk? pada rupa? atau pada saiznya?..haa...semuanya istimewa kerana batu Lapis Lazuli ini merupakan batu asli gred terbaik dari negara Afghanistan. 100% warna semulajadi tanpa sebarang treatment atau pemanasan. Di canai sedemikian rupa bagi menonjolkan karakter padanya. Batu jenis ini telah digunakan sejak ribuan tahun lampau sebagai perhiasan diri dan diyakini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan manusia. 3 jenis mineral utama yang terkandung di dalamnya iaitu Lazurite, Calcite dan Pyrite dapat dilihat jelas daripada batu ini.
Batu potongan jantan, buat sang suami, cantik dan indah jika dibuat cincin dan sudah pasti ramai yang akan menjeling. Biru melambangkan ketenangan yang sempurna, mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan tarikan nafas. Sesiapa sahaja sesuai untuk memakainya, tambah-tambah lagi bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian, mudah penat dan yang seringkali tertekan dengan kerja yang banyak.
Batu "betina", khas buat si isteri, jadikan ianya loket dan sedia untuk di pakai. Sengaja tidak ditebuk pada hujungnya agar ia dapat diikat dengan pengikat terbaik anda. Lihatlah awan, pasti kan tenang..lihatlah laut..damai di hati..lihatlah batu ini, dan jangan lupa silalah beli. Sesuai untuk dijadikan hadiah atau dipakai sendiri.
Satu untuk "abang", satu untuk "ayang".
Lapis Lazuli Istimewa Gred A : Sepasang
*SOLD OUT

Wednesday 20 February 2013

TASBIH KAYU STIGI/SETIGI ASLI : SOLD OUT



Tasbih buatan tangan(handmade) kualiti eksport yang diperbuat daripada kayu Setigi asli, didatangkan khas dari negara Indonesia melalui seorang sahabat. Ukuran biji 8mm dan mengandungi 99 biji tasbih. Kayu Setigi ini amat popular di Indonesia sebagaimana kayu kelor/gemunggal yang popular di Malaysia. Kayu ini tergolong langka dan hanya dapat ditemui di pulau-pulau kecil seperti kepulauan Karimunjawa, Jepara. Kayu setigi memiliki karakter hampir sama dengan kayu Naga Sari. Di tangan orang berahlak baik, kayu ini dapat menjadi “generator” bagi kekuatan spiritualnya, namun energi kayu Setigi menjadi kecil jika dipegang orang yang buruk prilakunya. 

   Kayu setigi pada umumnya tumbuh pada tanah yang tidak subur dan berbatu. Dan kerana dihimpit benda keras menyebabkan teksturnya tidak merata (belang). Setigi yang berasal dari Madura warnanya hitam kemerah-merahan. Melalui pembacaan pengasas berkenaan kayu Setigi ini, pelbagai khasiat dikaitkan dengannya. Apapun segala khasiat itu terserah kepada Allah. Niatkan sahaja hati menggunakan tasbih untuk berzikir memuji hanya kepadaNya..Semoga hati kita sentiasa hidup mengingati Yang Maha Esa. 

Monday 18 February 2013

RAW BATU LAPIS LAZULI AFGHANISTAN GRED A : SOLD OUT

Untuk dijual. 
Batu lapis lazuli dari negara afghanistan merupakan batu kategori terbaik dunia dalam kelasnya. Ia kelihatan cantik dan sempurna apabila telah dicanai ke dalam bentuk permata dan digilap. Tompokan emas yang terdapat padanya menaikkan lagi seri batu ini. Batu adalah 100% natural semulajadi tanpa sebarang treatment/pemanasan. Sedia menerima tempahan untuk canai dalam bentuk permata, nyatakan sahaja saiz yang diingini dan pengasas akan menghantarnya kepada tukang untuk dicanai. Harga mengikut saiz permata. Jika ada yang ingin terus membeli batu ini dalam bentuk raw(mentah) juga dialukan.
*SOLD OUT

Saturday 16 February 2013

PERMATA FAIRUZ IRAN GRED A : SOLD OUT

Saiz anggaran sebesar syiling 5 sen.

*Jenis ini dipanggil "Sleeping Beauty" kerana bersih daripada urat atau corak batu padanya. Ia menjadi pilihan dijadikan perhiasan berharga, diikat dengan emas samada dibuat permata cincin, loket, mahupun gelang.
*SOLD OUT
MEKAH
Bergambar kenangan sewaktu di sana..




































Tak ikut susunan pula gambar ni..xpelah..terima kasih atas doa sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan sewaktu di sana. Semoga gambar ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang belum pernah pergi dan mengimbau kenangan kepada mereka yang pernah pergi. Dengan melihat kaabah, akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita semua kepada Allah Taala. Doakan saya semoga dapat ke sana lagi untuk menunaikan fardhu Haji pula, InshaAllah..